TEHRAN: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengumumkan 25 kapal telah melepasi di Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas setelah mendapat pelepasan dan penyelarasan keselamatan daripada pasukan tentera laut IRGC.
Ia termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal komersial lain, menurut agensi berita Mehr.
Pejabat perhubungan awam Tentera Laut IRGC berkata kesemua kapal melayari selat itu selepas menyelesaikan proses penyelarasan yang diperlukan dengan pihak berkuasa tentera laut Iran, yang menyediakan perlindungan keselamatan untuk laluan berkenaan.
-- BERNAMA-MNA