Skip to main content

Dunia

12 maut bas rempuh lori kontena

71697357248_Crash.jpg
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas mini merempuh lori kontena di Maharashtra, barat India pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut polis tempatan, nahas jalan raya itu berlaku di Lebuhraya Samruddhi di daerah Chhatrapati Sambhajinagar, kira-kira 268 kilometer (km) dari timur Mumbai.

Ketika kejadian bas mini itu membawa 35 penumpang.

-- BERNAMA

Must Watch Video