Skip to main content

Bisnes

SC keluar perintah henti dan tamat terhadap Quantum Metal Exchange Inc

51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan Pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI) Datuk Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng untuk segera menghenti dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam.

Menurut pengawal selia itu, arahan henti dan tamat tersebut dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyarakat awam Malaysia, termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB.

"Tawaran saham QMEI, yang sedang berjalan, melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.

"Ini dilakukan tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC, yang melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007," katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh yang demikian, SC juga telah meletakkan QMEI dengan butiran berkaitannyapada Senarai Makluman Pelabur SC http://www.sc.com.my/investor-alert.

-- BERNAMA

Must Watch Video