Skip to main content

Bisnes

Pasaran wang akan kekal stabil minggu depan

41487765305_BankNegaraMalaysia.jpg
Pasaran wang diramal kekal stabil minggu depan berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.

Bank pusat itu dijangka menjalankan tender harian bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Untuk minggu baru berakhir, BNM campur tangan pada asas harian bagi menyerap lebihan dana dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, Qard, repo terbalik, lelongan matang dan program murabahah komoditi.

Pada Jumaat, tindakan bank pusat itu telah membantu mengurangkan lebihan kecairan pasaran kepada RM31.34 bilion dalam sistem konvensional dan RM10.18 bilion dalam dana Islam.

Kadar rujukan Islam semalaman berada pada 2.96 peratus dan kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.

Kadar penanda aras tiga bulan antara bank tidak berubah pada 3.43 peratus. -- BERNAMA


Must Watch Video