Skip to main content

Bisnes

99 Speedmart buka cawangan pertama di China

71756854934_speedmart.jpg
KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mengesahkan telah membuka cawangan pertamanya di China, yang terletak di Fuzhou, Wilayah Fujian pada 31 Ogos lepas.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam telah mengesahkan laporan media yang diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan mengenai pengembangannya ke luar negara.

Cawangan prototaip juga akan ditubuhkan di Fuzhou, dengan rancangan untuk pengembangan secara beransur-ansur di bandar itu.

"Penubuhan cawangan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2025," kata syarikat itu.

--BERNAMA






Must Watch Video